Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:
-
Orang Islam
-
Merdeka
-
Baligh (Dewasa)
-
Berakal - berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
-
Mampu - apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah
Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan hidup diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu."
Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami."
Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.
Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya."
0 comentários:
Post a Comment